-
Laman web ini ialah laman web percuma untuk
para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu 1103/1/2/3.
-
Mula dibina pada Oktober 1998 di
www.geocities.com/ikaz2/bmspm.html di bawah judul Bahasa Melayu
SPM. Sebahagian pautan masih menggunakan URL ini.
-
Berpindah ke server baru di
www.bmspm.net pada Januari 2006.
Mulai Ogos 2007, diberi judul baru Bahasa Malaysia SPM selaras
dengan dasar kerajaan.
-
Disusun dan diolah sepenuhnya mengikut Sukatan
Pelajaran terkini yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
Semua bahan sumber yang disediakan ialah
atas usaha atau hak milik webmaster kecuali dinyatakan sumbernya.
-
Bahan-bahan sumber yang diambil
sebahagiannya daripada buku-buku teks, rujukan, rencana akhbar, laman
web atau sumber-sumber lain telah dan akan dinyatakan sumber rujukan dan
cara mendapatkannya di pasaran.
-
Secara tidak langsung, bahan-bahan itu
menjadi promosi percuma kepada penerbit dan penulis asal bahan-bahan
itu. Webmaster tidak mendapat apa-apa manfaat kewangan daripada
usaha promosi yang dibuat secara ikhlas itu.
-
Iklan-iklan yang telah, sedang atau akan dipaparkan,
mengenakan caj minimum untuk membantu urusan pengendalian laman web ini
semata-mata, bukannya bertujuan komersial kerana pelawat tidak dikenakan
sebarang caj untuk melayari laman web ini.
-
Sebarang sumbangan guru atau pelajar
hendaklah yang asli atau mendapat kebenaran daripada pemilik hak
ciptanya. Webmaster tidak akan bertanggungjawab jika bahan-bahan
sumbangan pihak luar itu melanggar hak cipta.
-
Sebarang bahan sumber daripada laman web itu
hendaklah digunakan untuk tujuan persendirian atau berkumpulan sahaja.
Ia tidak boleh diperdagangkan dalam apa cara sekalipun.
-
Webmaster tidak akan bertanggungjawab
atas penggunaan bahan-bahan sumber daripada laman web ini dengan apa-apa
cara yang melanggar undang-undang oleh mana-mana pihak.
-
Webmaster juga tidak akan
bertanggungjawab jika sebarang pautan yang disediakan menjurus kepada
bahan-bahan yang tidak berkaitan atau yang melanggar undang-undang.
-
Webmaster
tidak melarang mana-mana pihak yang ingin membuat pautan ke laman
web ini di laman web mereka tetapi hendaklah diberitahu kepada
webmaster untuk tujuan rekod webmaster. Sebarang pautan
hendaklah bukan untuk tujuan perdagangan.
-
Sekiranya anda bersetuju dengan segala
syarat di atas, anda dibenar melayari laman web ini. Jika tidak, anda
dinasihatkan keluar daripada laman web ini.
-
Laman web ini dikendalikan sepenuhnya secara
freelance oleh webmaster. Tiada kaitan secara langsung dengan
mana-mana institusi.
-
Sebarang masalah atau pertanyaan yang
berkaitan dengan laman web ini hendaklah dikemukakan kepada webmaster
di e-mel: ikaz2@yahoo.com.