-
Salam sejahtera. Setiap
tahun saya telah berjaya mengumpul soalan-soalan percubaan BMSPM peringkat
negeri/daerah/zon atau sekolah pilihan dari seluruh Malaysia dengan
bantuan pelawat laman web ini.
-
Soalan/ringkasan soalan/analisis
itu kemudiannya ditempatkan di sublaman
KOLEKSI SOALAN
di laman Menu Utama.
-
Pada tahun ini, giliran anda
pula untuk membantu saya dan rakan anda yang lain. Anda diberi peluang
untuk berkongsi soalan percubaan BM SPM dalam laman web ini.
-
Sila hantarkan soalan dalam
bentuk taipan semula dalam format doc atau imej yang diimbas
menggunakan format jpeg.
-
Intisari soalan juga
diterima asalkan ia dapat menggambarkan kandungan soalan percubaan
sebenar.
-
Kirimkan ke e-mel saya di
ikaz2@yahoo.com
-
Saya akan memilih
soalan-soalan yang sesuai untuk dimuatkan dan jika perlu akan diberi
ulasan/rangka jawapan ringkas.
-
Saya
tidak akan bertanggungjawab sekiranya soalan yang dihantar oleh para
pelajar tidak mewakili negeri/daerah/zon/sekolah yang sebenar seperti
yang didakwa.
-
Sekiranya soalan-soalan itu
melibatkkan hakcipta, sila dapatkan kebenaran daripada pemilik hakcipta
itu terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada saya.
-
Jika anda menyumbang, orang
lain pasti membalas sumbangan anda.
-
Analisis ini penting untuk
membantu anda dan pelajar lain membuat persiapan menjawab pelbagai jenis
soalan serta mungkin meramalkan sendiri soalan yang bakal
keluar.
-
Saya tidak akan membuat
ramalan kecuali berusaha mengumpul soalan-soalannya sahaja untuk
membantu anda.