KOLEKSI
SOALAN PERCUBAAN BMSPM 2008
Negeri/Daerah/Zon/Sekolah

 

PENGUMUMAN

  • Salam sejahtera. Setiap tahun saya telah berjaya mengumpul soalan-soalan percubaan BMSPM peringkat negeri/daerah/zon atau sekolah pilihan dari seluruh Malaysia dengan bantuan pelawat laman web ini.

  • Mungkin ada sekolah yang sudah mengadakan peperiksaan percubaan SPM lalu kongsilah soalan-soalan percubaan BMSPM kertas 1 dan kertas 2 untuk pelawat laman web ini.

  • Soalan/ringkasan soalan/analisis itu kemudiannya ditempatkan di sublaman KOLEKSI SOALAN di laman Menu Utama.

  • Pada tahun ini, giliran anda pula untuk membantu saya dan rakan anda yang lain. Anda diberi peluang untuk berkongsi soalan percubaan BM SPM dalam laman web ini.

  • Sila hantarkan soalan dalam bentuk taipan semula dalam format doc atau imej yang diimbas menggunakan format jpeg. Anda juga boleh menggunakan format pdf.

  • Intisari soalan juga diterima asalkan ia dapat menggambarkan kandungan soalan percubaan sebenar.

  • Kirimkan ke e-mel saya di ikaz2@yahoo.com

  • Saya akan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dimuatkan dan jika perlu akan diberi ulasan/rangka jawapan ringkas. 

  • Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya soalan yang dihantar oleh para pelajar tidak mewakili negeri/daerah/zon/sekolah yang sebenar seperti yang didakwa.

  • Sekiranya soalan-soalan itu melibatkkan hakcipta, sila dapatkan kebenaran daripada pemilik hakcipta itu terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada saya.

  • Jika anda menyumbang, orang lain pasti membalas sumbangan anda.

  • Analisis ini penting untuk membantu anda dan pelajar lain membuat persiapan menjawab pelbagai jenis soalan serta mungkin meramalkan sendiri soalan yang bakal keluar.

  • Saya tidak akan membuat ramalan kecuali berusaha mengumpul soalan-soalannya sahaja untuk membantu anda.

Mohd. Zaki Hj. Awang Mat
Webmaster www.bmspm.net
 
Jika tahun 2007, hasilnya seperti di bawah,
Koleksi Perbandingan Soalan Kertas 1 
   Koleksi Perbandingan Soalan Kertas 2
Jangan lupa, hulurkan sumbangan soalan anda!

Ke Menu Utama