Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998

 

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN KARANGAN BMSPM
(KERTAS 1 BAHAGIAN B)
NOV. 2014 JUN 2020
 
(MENGIKUT SOALAN & TEMA)

 

      

TAHUN

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5
NOV 2014

Syarahan Penggunaan masa berkesan melahirkan individu cemerlang.

Peranan setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.

Perbincangan usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.

Bentuk-bentuk kerjasama antara negara-negara  di dunia - usaha membanteras penyeludupan dadah.

Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.

JUN 2015

Kelebihan-kelebihan apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa.

Syarahan Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

 

Huraikan bagaimana keindahan alam semula jadi dan keunikan bentuk muka bumi itu dapat dijadikan produk pelancongan bagi menarik pelancong datang ke Malaysia.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang ahli sukan.

 

Drama di pelbagai saluran televisyen tempatan sarat dengan pengajaran.

NOV 2015

Laporan kejadian bencana alam dan bantuan yang diberikan oleh pasukan sukarelawan anda.

Ulasan Aktiviti rekreasi membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.

Kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum.

Usaha-usaha pelbagai pihak mengekalkan keamanan sejagat.

Jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita setelah membaca karya sastera.

JUN 2016

Pelbagai aktiviti di sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk kesihatan sepanjang hayat.

Pidato Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan Rakyat

 

Kemajuan infrastruktur memainkan peranan penting meningkatkan eksport negara.

Pengajaran-pengajaran daripada pantun yang berkaitan dengan kepentingan budi.

NOV 2016

Ceramah - Cara-cara mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dalam kalangan murid

 

Peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.

Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen anda.

Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti barah dan demam denggi masih rendah. Bincangkan.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita.

JUN 2017

Cara-cara menangani stres.

Kebaikan-kebaikan melancong bersama-sama keluarga,

 

Syarahan - Peranan sukan dalam mengharumkan nama negara.

Manfaat-manfaat program pertukaran pelajar antara negara.

Tulis cerita berdasarkan maksud peribahasa 'setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga'

NOV 2017

Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Berikan komen anda.

Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.

Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.

 

Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah `Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa'.

Tulis rencana itu selengkapnya.

 

Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah.

Petikan gurindam di atas menjelaskan bahawa individu yang bersifat pemurah mudah memperoleh pertolongan daripada orang lain. Selain mudah memperoleh pertolongan, jelaskan kelebihan-kelebihan yang diperoleh individu yang bersifat pemurah.

JUN 2018

Kerjaya seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti minat, bakat, kemahiran dan pencapaian akademik. Ulas pernyataan tersebut.

Setiap keluarga disarankan agar  mengamalkan sikap berjimat cermat dan kehidupan seharian. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara berjimat cermat.

Rencana " Amalan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti hidup"

Selain Malaysia yang mempunyai pelbagai keistimewaan, negara-negara lain juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jelaskan keistimewaan-keinstimewaan sebuah negara lain yang menjadi pilihan anda.

Peribahasa 'ukur baju di badan sendiri' bermaksud  berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemmapuan diri sendiri. Bincangkan.

NOV 2018

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid. Huraikan faedah-faedah tersebut.

Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.

Ulas pernyataan tersebut.

 

Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah `Sukan Mengukuhkan Perpaduan'.

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

 

Malaysia sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan ekonomi.

Bincangkan kepentingan-kepentingan hubungan baik tersebut.

Karya sastera seperti novel yang diadaptasi dalam bentuk drama atau filem memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak.

Jelaskan.

 

JUN 2019

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jelaskan aktiviti-aktiviti tersebut.

 

Perniagaan secara dalam talian semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan tersebut mendapat sambutan.

Anda akan menyertai satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah `Amalan Nilai Murni Melahirkan Masyarakat Harmoni'.

Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.

 

Semua negara di dunia bertanggungjawab dan perlu bekerjasama dalam penjagaan alam sekitar.

Huraikan bentuk-bentuk kerjasama antara negara di dunia bagi menjaga alam sekitar.

 

Pembacaan karya sastera seperti novel, cerpen dan puisi memberikan pelbagai faedah kepada pembaca.

Huraikan faedah-faedah tersebut.

 

NOV. 2019

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalarn kalangan anak-anak.

Ulas pernyataan di atas.

Sikap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih berlaku di negara kita.

Bincangkan langkah-Iangkah untuk menangani masalah ini.

Kelab Bimbingan dan Kerjaya sekolah anda telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019 yang diadakan di sebuah universiti tempatan. Sebagai setiausaha kelab, anda diminta untuk menulis laporan berkaitan lawatan tersebut.

Tulis laporan itu selengkapnya.

Produk-produk makanan keluaran Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Jelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk ini secara meluas ke peringkat antarabangsa.

Pada masa sekarang, peribahasa `jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman' sering dikaitkan dengan aktiviti pelancongan yang mendatangkan banyak faedah kepada seseorang.

Huraikan faedah-faedah tersebut.

JUN. 2020

1 Pengalaman bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia memberikan banyak faedah.

Bincangkan.

 

 

2 Anda ingin menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah `Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Manusia'.

Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

 

3 Industri pelancongan mampu menyumbang pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Huraikan kebaikan-kebaikan tersebut.

 

4 Negara-negara di dunia perlu menghulurkan pelbagai bantuan kepada negara-negara yang mengalami masalah seperti peperangan, kemiskinan dan bencana alam.

Bincangkan bentuk-bentuk bantuan yang sesuai diberikan kepada negara-negara yang mengalami masalah tersebut.

 

5 Minat murid terhadap karya sastera boleh disemai melalui pelbagai aktiviti. Jelaskan aktiviti-aktiviti tersebut.

Catatan: Untuk mendapatkan soalan lengkap, sila rujuk  www.bmspm.net

 

 Ke Menu Utama

BMSPM 1998-2019. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.