ISI PENTING 73 TEMA/BIDANG/TAJUK UNTUK PENULISAN KARANGAN

 

TAJUK 1 - 10

1.    PERINDUSTRIAN

 

 KEBAIKAN

         Mengurangkan import

         Meninggikan taraf hidup rakyat

         Memajukan Negara

         Menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat

         Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan

 

KEBURUKAN

         Meningkatkan penerokaan hutan

         Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar

         Menyebabkan peningkatan masalah sosial

         Meninggalkan/membiarkan bidang pertanian

 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

         Memudahkan kerja atau tugas

         Lebih praktikal dan sesuai

         Kos pengeluaran lebih murah, jimat masa dan bahan

         Tetapi menyebabkan pengangguran

         Tetapi menyebabkan pengantungan kepada mesin atau robot

 

 

2.    INDUSTRI DESA

 

TUJUAN MEMAJUKAN

         Meninggikan taraf hidup masyarakat desa

         Boleh menjadi sumber rezeki terutamanya kepada sektor pelancongan

         Mengajar masyaraka desa kemahiran hidup

 

SAMBUTAN TERHADAP HASIL DESA

         Tidak baik kerana masyarakat memandang rendah mutu kerja rakyat tempatan.

         Tidak baik kerana tiada usaha yang meluas untuk memperkenalkan hasil kerja mereka

         Tidak baik kerana pasaran agak terhad, iaitu hanya dalam industri pelancongan domestik.

         Baik kerana harga pasaran yang berpatutan dan kualiti yang baik.

         Baik kerana banyak pusat Industri desa seperti kraf tangan telah ditubuhkan

         Baik kerana kerajaan menggalakkan industri pelancongan.

 

AGENSI KERAJAAN

         KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Karyaneka dll.

 

3.    ISU PEMBALAKAN

 

KESAN PEMBALAKAN

         Hutan Negara semakin pupus terutamanya jenis yang berharga

         Pencemaran alam semakin meluas

         Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku

         Kehidupan haiwan liar dan Orang Asli terjejas

 

USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN

         Mewariskan kawasan hutan sebagai Taman Negara

         Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang

         Kempen kesedaran terutamanya di kalangan pelajar

         Penggubalan undang-undang yang ketat

 

ISU PEMBALAKAN HARAM

         Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota renjer  hutan untuk mengawasi.

 

4.    TEMPAT REKREASI

 

FUNGSI DAN PERANAN

         Tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan masyarakat

         Kawasan kanak-kanak bermain

         Tempat megadakan majlis seperti perkahwinan, pesta dan keramaian lain

         Menghilangkan penat setelah bekerja

         Menghijaukan kawasan udara yang segar dan nyaman

 

SAMBUTAN MASYARAKAT

         Mengecewakan kerana banyak tempat rekreasi dirosakkan (vandalisme)

         Mengecewakan kerana kebersihan tidak dijaga dengan baik

         Mengecewakan kerana hanya mengunjungi kawasan ini ketika cuti sahaja

PENYEDIAAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI

         Perlu menggunakan bahan yang tidak mudah rosak, berkarat dan tidak berbahaya

         Perlu diperbanyak kawasan khas seperti ini.

 

 

5.    PENSWASTAAN

 

MAKSUD

      Menyerahkan sebahagian besar perkhidmatan kerajaan untuk rakyat kepada pihak swasta yang berkemampuan.

 

FAEDAH-FAEDAH

         Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting

         Tahap perkhidmatan dapat ditingkatkan kerana berorientasikan keuntungan.

         Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna

         Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap kemahiran pekerja semakin tinggi

         Meningkatkan daya saing yang tinggi dalam negara

         Imej negara turut meningkat kerana keupayaan perkhidmatan kepada rakyat bergerak secara cekap dan efektif.

 

PERKEMBANGAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA

         Dimulakan dengan era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad (PM ke-4) dan antara kementerian dan jabatan kerajaan yang telah diswastakan ialah TELEKOM, TNB, POS MALAYSIA dan INDAH WATER.

         Selain Malaysia, Britain merupakan negara yang turut giat menjalankan dasar penswastaan.

 

6.    INDUSTRI PERIKANAN

 

MASALAH

         Hasil tangkapan yang kurang kerana teknologi penangkapan lama seperti kapal yang kecil, pukat dan tidak menggunakan teknologi untuk mengesan ikan (sonar)

         Pendapatan rendah ekoran musim tengkujuh dan kewujudan peraih yang mengaut keuntungan besar.

 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

         Agak terhad

         Penggunaan teknologi mampu mengubah hasil nelayan

         Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

 

SUMBANGAN INDUSTRI PERIKANAN

         Membekalkan keperluan ikan aegara

 

AGENSI KERAJAAN

         Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan

 

7.    AGENSI KERAJAAN

 

JENIS

         Berkanun dan tidak berkanun

 

PERANAN

         Membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat

         Memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat seperti baja, benih dan kemahiran.

         Memastikan semua program kerajaan berjalan lancar

 

KEBERKESANAN

         Berjaya memajukan rakyat

         Tetapi memerlukan tahap kerjasama rakyat yang tinggi dan kos yang tinggi.

 

ANTARA AGENSI KERAJAAN

         KEMAS, MARDI, RRIM, KADA, PELADANG dll.

 

8.    KEMPEN

 

TUJUAN

         Menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu perkara

         Memberitahu masyarakat tentang projek kerajaan dan sebagainya.

         Meminta kerjasama masyarakat untuk menjayakan sesuatu program

         Meningkatkan taraf kehidupan rakyat

 

KEBERKESANAN

         Berkesan seperti acara-acara Sukan, dasar kerajaan (contoh: 1Malaysia) dan Pilihan raya.

         Tidak berkesan seperti Kempen Kemalangan Jalan Raya, Kempen Kebersihan, Kempen Cintai Sungai Kita.

 

 

9.    INDUSTRI PELANCONGAN

 

USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN

         Memberi diskaun insentif kepada industri pelancongan negara

         Mengadakan hari melancong atau tahun melancong/tahun melawat

         Memperbanyak kawasan/destinasi pelancongan negara

         Meningkatkan industri kraftangan negara

         Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem pengangkutan negara

 

KESAN INDUSTRI PELANCONGAN

         POSITIF

  Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara

  Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat

  Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar

 

         NEGATIF

  Menularnya budaya tidak sihat daripada negara lain

  Peningkatan harga barangan terutamanya di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan.

 

 

10.  PERUMAHAN

 

MASALAH PERUMAHAN KINI

         Rumah kos rendah terlalu kecil bilangannya dan harganya agak mahal

         Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut jadual

         Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dan pihak tertentu untuk membeli rumah

         Mutu rumah yang masih dipertikaikan.

 

USAHA-USAHA MENGATASI MASALAH

         Kerajaan perlu mengenakan tidakan tegas kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka

         Pembinaan rumah kos rendah perlu diperbanyak dan diberi insentif

 

AGENSI TERBABIT

         Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

 
...tajuk seterusnya akan disambung dari semasa ke semasa

Ke Menu Utama

BMSPM 1998-2012. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.